KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan perkhidmatan keretapi syarikat tersebut bersempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan menentang Sime Darby esok. KTMB melalui satu kenyataan media memberitahu, penambah perkhidmatan keretapi tersebut juga dibuat ekoran penganjuran Citrawarna Malaysia 2012
KUALA LUMPUR – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, hari ini berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program transformasi yang sedang dilaksanakan. Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar parti itu Isnin lalu kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi BERSIH pada 28 April lalu, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara. “Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia… Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit
KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu. “Kami (PAS) sudah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang.
KUALA LUMPUR – Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan. Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian. Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.
Buat mereka yang amat meminati pelakon cantik dan manis Lisa Surihani, inilah pilihan yang tepat untuk anda nanti-nantikan kemunculan aksi comel aktres itu. Seperti sedia maklum, Lisa terlibat dalam pembikinan cerita Istanbul Aku Datang memandangkan perjalanan pengambaran filem itu sudah diwar-warkan kepada umum sejak tahun lepas lagi.
“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani. Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam
PETALING JAYA – Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno. Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, PAS dan Umno seharusnya mengenepikan isu politik kepartian sebaliknya meletakkan kepentingan ummah, Islam dan negara sebagai matlamat utama
KUALA LUMPUR – Ulama Muda Umno hari ini mengharapkan muzakarah yang telah pun dipersetujui oleh pemimpin Umno dan PAS tidak diadakan semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya digunakan sebagai pentas perbincangan permasalahan yang dialami masyarakat Islam di negara ini. Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, adalah lebih baik muzakarah tersebut dibatalkan jika ianya diadakan semata-mata demi mencapai tujuan kepentingan politik sesetengah pihak mahupun individu
KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima peruntukan RM987.1 juta secara berperingkat bermula bulan depan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah itu, RM900 juta merupakan Tabung Khas bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah
BUKIT MERTAJAM – Polis percaya kes penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Isnin lalu selesai selepas penahanan seorang wanita yang juga suspek utama kurang dari 24 jam selepas kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharudin Mustapha, berkata berdasarkan siasatan terhadap wanita berusia 23 tahun yang juga rakan kepada ibu kanak-kanak itu, dia bertindak menculik T Purani secara bersendirian berikutan dendam terhadap keluarga mangsa